NADI - ESUKAN : Sains Sukan | Anti Doping & Bahan Terlarang
16 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini15 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas kesedaran Sains Sukan : Anti Doping & Bahan Terlarang. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Tujuan utama anti-doping dalam esukan adalah untuk memastikan integriti dan persaingan yang adil. Objektif pertama adalah untuk memahami maksud doping, iaitu penggunaan bahan atau kaedah terlarang untuk meningkatkan prestasi (seperti penggunaan stimulan untuk fokus) secara curang. Kedua, pemain mesti mengenal pasti bahan terlarang yang disenaraikan oleh badan seperti WADA, kerana bahan tersebut boleh memberi kelebihan tidak adil. Ketiga, menyedari bahawa kesalahan doping boleh menyebabkan akibat serius seperti penggantungan, kehilangan hadiah, dan paling penting, risiko kesihatan yang kekal.
Akhir sekali, program anti-doping bertujuan membina kesedaran agar semua pihak berpegang kepada semangat kesukanan yang bersih dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: